SESI PERKONGSIAN PENGGIAT SENI, NOVEMBER 2020

Description

SESI PERKONGSIAN PENGGIAT SENI NOVEMBER 2020

MyCreative Ventures dan CENDANA menjemput penggiat seni persembahan, artis seni visual, pemuzik independen, penggiat seni kraf serta pekerja seni budaya untuk menyertai sesi perkongsian terakhir CENDANA bagi tahun 2020 pada hari Khamis, 26 November 2020 di laman Zoom. Sesi ini adalah untuk semua penggiat seni bersama-sama berkongsi idea dan pendapat mengenai perkembangan sektor seni tatkala kini. Ianya juga adalah untuk mendapatkan maklum balas mengenai usaha-usaha MyCreative Ventures dan CENDANA bagi tahun 2021 agar dapat memanfaatkan lagi ramai penggiat seni budaya Malaysia.

Sesi akan bermula dengan sesi perkongsian di antara Penerima-Penerima Dana Program Pembiayaan CENDANA dimana mereka dapat berkongsi tentang usaha membangunkan karya atau kerja masing-masing tatkala pandemik ini. Sesi ini akan menampilkan

· Eddin Khoo, Pengasas PUSAKA

· Bayu Utomo Radjikin, Pengarah Hom Art Trans dan Artis

· Jennifer Thompson, Pengurus Acara / Artis

· Dikendalikan oleh Nur Hanim Khairuddin, Pengurus Besar, P.O.R.T. Ipoh

Bukan itu sahaja, sesi ini juga akan meliputi perbincangan berkenaan perincian Belanjawan 2021 berkenaan seni budaya yang diumumkan baru-baru ini dan diikuti dengan perbincangan terbuka dimana komuniti seni boleh berkongsi idea dan pendapat untuk MyCreative Ventures dan CENDANA atau institusi berkaitan dalam memberikan keutamaan kepada usaha-usaha seni budaya pada tahun 2021.

Kesemua idea, pendapat dan maklumbalas yang diutarakan akan diambil dan dirasionalkan untuk memastikan mekanisme yang sesuai diperkenalkan dalam menyokong sektor seni pada tahun 2021 yang akan datang.

Sesi tersebut akan dikendalikan di dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris untuk memastikan lebih ramai golongan penggiat seni dan pekerja seni budaya yang boleh turut serta di dalam sesi tersebut.

Sila muat turun aplikasi Zoom di komputer atau telefon bimbit anda. Memandangkan terdapat juga sesi soal jawab, sila pastikan anda membenarkan penggunaan mikrofon di Zoom supaya anda dapat bercakap dan bertanyakan soalan.

Sila pastikan juga anda membenarkan penggunaan kamera bagi membolehkan kami melihat wajah anda.

Sila daftarkan kehadiran anda di peatix secara PERCUMA untuk menyertai sesi ini melalui butang kuning di sebelah kanan.

AGENDA
ZOOM SECARA MAYA // Khamis, 26 November 2020

7:15- 7:45 mlm
Daftar masuk

7:45- 8:00 mlm
Kata aluan oleh MyCreative Ventures dan CENDANA

8:00 – 9:00 mlm
Sesi berkongsi dengan Penerima Dana Program Pembiayaan CENDANA, serta Sesi Soal Jawab

9:00 – 10:00 mlm
Belanjawan 2021 dan Sesi Maklumbalas Penggiat Seni Budaya

10:00 mlm
Tamat
###


Thu Nov 26, 2020
7:30 PM - 10:00 PM MYT
Add to Calendar
Venue
Online event
Tickets
GENERAL FULL
Organizer
Cultural Economy Development Agency (CENDANA)
1,041 Followers

Sponsored content